Wednesday 29 October 2014

PENGENALAN

APA ITU ARCA?
 Arca merupakan karya seni halus berbentuk 3 dimensi yang mempunyai prinsip rekaan dan unsu seni serta mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain disebabkan ciri-ciri tiga dimensinya. Permukaannya dapat dirasai serta dipandangdari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu “sculper” bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan rekabentuk pentas, namun karya ini mempunyai keistimewaan tersendiri.Secara khususnya, karya 3D adalah sesuatu yang bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pandangan sisi iaitu kiri, kanan, atas dan bawah. Ia juga dikenali sebagai objek maujud iaitu objek nyata dan boleh dipegang. Proses umum bagi penghasilannya pula adalah dengan membentuk dan membuat binaan melalui proses imaginasi. Seterusnya, diterjemahkan ke dalam bentuk lukisan, dan di struktur. Akhirnya diproses pembinaan objek tersebut.Secara umumnya, terdapat dua jenis bentuk arca, iaitu arca bentuk berfungsi dan arca estetik. Arca berbentuk berfungsi boleh digunakan di samping memaparkan ciri-ciri estetikanya. Arca bentuk estetika merupakan bentuk ciptaan pelukis yang tidak mempunyai fungsi tertentu hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya. Arca estetika biasanya diamerkan di galeri, taman atau ruang legar kawasan peranginan, dan ruang-ruang yang sering dikunjungi orang ramai. Misalnya, patung kaum orang asli Jah Hut dan Mah Meri yang digunakansebagai alat untuk berhubung dan semangat dalam upacara keagamaan kaum itu. Seterusnya, ‘Keliering’ atau tiang perkuburan orang Melanau di Sarawak yang digunakan untuk pengebumian sekunder adalah satu lambang kebesaran tuan rumah. Kedua-dua ini adalah antara contoh bentuk arca berfungsi.

SEJARAH ARCA DUNIA
 Arca yang paling awal dijumpai merupakan arca ukiran daripada gading,tulang, tanduk, dan tanah liat. Arca ini dihasilkan oleh orang Aurignacian dan Magladenia pada kira-kira tahun 8000 SM. Masyarakat zaman tamadun lama seperti orang Mesir, Yunani, Mesopotamia, China dan India turut menghasilkan beraneka jenis arca dengan menggunakan bahan-bahan yang berlainan. Pada zaman itu,subjek dibina dalam bentuk figura manusia dan haiwan disebabkan fungsinya sebagai lambang yang berkaitan dengan sistem kepercayaan dan keagamaan. Michelangelo di Lodovico Buonarroti Simoni (1475-1564), merupakan pengarca Itali yang teragung pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) di Eropah.Engarca masyur yang mula membina arca dalam bentuk abstrak pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua ialah Henry Moore (1898-1986), yang berbangsa Inggeris dan Alberto Giacometti (1901-1966), warganegara Switzerland.Selepas Perang Dunia Kedua, bahan yang digunakan untuk arca telah beralih daripada bahan tradisional seperti batu marmar, kayu, gangsa, dan sebagainya kepada bahan plastik, nilon, fabrik, dan bahan buangan lain. Di samping teknik luakan, binaan, dan tambahan, teknik acuan, pateri, jahitan, gam, assemblaj dan sebagainya turut digunakan. Terdapat juga arca yang bergerak, berbunyi atau berlampu kesan penggabungan kuasa elektrik dalam gubahan. Arca intalasi (pemasangan) merupakan seni yang dapat bertindak terus dengan orang yang sedang melihat atau memandang dalam tempoh dan ruang tertentu kerana arca jenis ini dicipta khas buat sementara waktu bagi tapak tertentu dalam sesuatu pameran. Arca intalasi merupakan karya 3D yang memerlukan ruang yang luas untuk dihasilkan dan dipamerkan. Bahagian-bahagian berasingan dicantum, dipasang atau disusun menjadi satu.Seni land (citra tanah) ialah projek seni dalam skala besar yang sering berkaitan dengan tapak alam semulajadi tertentu. Pergerakan seni ini dapat menarik perhatian orang ramai terhadap masalah pencemaran alam sekeliling yang bertambah masa kini. Seni land menggunakan mesin atau jentera berat untuk menukar permukaan bumi atau tanah atau membungkus tapak yang sedia ada. Seni yang dipersembahkan adalah dalam bentuk siri gambar foto atau video.

SEJARAH ARCA DI MALAYSIA
 Arca tidak berkembang meluas di Malaysia tidak seperti catan. Pengarca yang membina arca estetika moden hanya muncul pada sekitar tahun 1960-an. Antara perintis pengarca tempatan yang terkenal ialah Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal, Lee Kian Seng, dan lain-lain. Mohd Annuar Ismail, Raja Shariman Raja Aziddin, Chin Wan Kee, Wong Pei Yu, dan lain-lain merupakan generasi muda yang aktif dalam kegiatan mencipta karya-karya arca. Baharuddin Mohd. Arus, John Hii, Hasnul Jamal Saidon, dan lain-lain adalah pengarca- pengarca yang tertarik kepada pendekatan elektronik dan multimedia. Laman Asean yang terletak berhampiran dengan Tugu Peringatan Kuala Lumpur merupakan sebuah taman arca yang istimewa di Malaysia. Enam buah arca di sana merupakan hasil kreativiti pengarca dari Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam,Thailand, Singapore dan Malaysia sempena menyambut ulang tahun ke-20 penubuhan Asean.

JENIS-JENIS ARCA

ARCA MOBAIL

Konsep

Mobail boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerakannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang. Arca mobail juga boleh menggunakan lampu, kuasa solar, angin, air,perbezaan suhu, graviti, keseimbangan yang mengkibatkan berlakunya pergerakan.Ia mesti digantung dengan tali, benang, wayar, dawai dari siling atau tempat yang lebih tinggi. Sebagai contoh idea yang anda boleh berikan kepada pelajar ialah windchime". Keindahan arca ini dapat dilihat semasa ia bergerak-gerak atau berputar perlahan-lahan

Definisi

Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.


Contoh Arca Mobail



Alexandel Calder bersama arca Myxomatose, 1953 (A08122), Paris


 motif manusia menggunakan bahan kertas


Mengunakan bahan kayu atau board yang digantung dengan tali

ARCA STABAIL

Konsep

Bahan atau bahagaian stabail dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding,tingkap , atau pintu siling.

Definisi

Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak.

Contoh Arca Stabail


Calder, Alexander "Stabile, Paris-La-Défense" - (1976)


ARCA ASSEMBLAJ

Konsep

 Assemblaj pada kebiasaannya, aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu ‘ Bicycle Wheel ’pada tahun 1951oleh Marcel Duchamp ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah.

Definisi

 Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna.

Contoh Arca Assemblaj


bahan terpakai yang menghasilkan burung dan Gabungan-gabungan besi buruk yang menggambarkan kapal besar


Arca assemblaj daripada tayar terpakai yang menghasilkan figura kuda




No comments:

Post a Comment