TEMA PROJEK : WARISAN MALAYSIA “UNIKNYA MALAYSIA”
SUBJECT MATTER “
RUMAH TRADISI, MINANGKABAU NEGERI SEMBILAN”
Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk
bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap
yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan
dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi.
Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga
adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang
menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.
Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling
rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah
bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung,
serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.
Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi.
Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil
lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.
Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur
melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan
pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang
bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf
kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah
sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.
Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk
bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap
yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan
dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi.
Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga
adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang
menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.
Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling
rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan
silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah
ibu mempunyai aras yang berbeza.
Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi.
Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil
lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.
Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur
melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan
pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang
bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf
kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah
sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.
Kerawang & Jerejak
Apresiasi Reka bentuk Rumah Negeri Sembilan
PEMILIHAN GAMBAR UNTUK DIJADIKAN SUMBER IDEA
GAMBAR YANG DIPILIH
No comments:
Post a Comment